Hi semua...
Saya telah berpindah ke Sh4m.org.
Blog ini hanya menjadi sebagai reference sahaja. :)

Tuesday, December 27, 2011

Medela Harmony breastpump with package

[Sticky Post]
assalamualaikum mommies

nak letgo medela harmony with package...



1. Medela harmony - 2 kali guna sahaja.. (ada spectra 3)

2. Cooling bag autumnz tote - baru


3. Autumnz reusable ice pack - baru


4. Bebe disposal breast pad - baru - kotak dah buang sebab space nak packing masa p spital.. tapi tak pakai langsung..
5. fabulos mum washable breast pad - baru

6. storage bottle mom's - 6pcs - campur2 ada baru ada dah guna


7. storage bottle autumnz - 10pcs - campur2 ada baru ada dah guna


8. storage bag jingle jungle


COD at gombak, selayang, wangsa maju dan sekitar.. serta bangsar (office hour)


boleh tinggalkan email diruangan komen dibawah..

Saturday, December 17, 2011

Padan muka aku... sakit kaki... badminton punya pasal...

Assalamualaikum...


waaaaaa.... syok giler dapat main badminton ari ni.... ari ni aku telah diajak oleh team sekerja aku termasuk bos aku untuk bermain badminton... sebenarnya ade dak lain ajak fight... tapi ape aku kesah... aku nak exersice je pun.... dah lama aku tak exercise... n then plak... dah lama aku tak hang out ngan team aku semenjak aku ada anak ni...

Yelah sian kat bini aku.... dier masak, kemas umah, lipat baju... ape salah aku tolong jaga anak2 sat... tu pun ade gak org mengata aku itu ini... mengata bini aku itu ini.... takpe lah.... Doa org yg teraniaya selalu di makbul...

ok2.... melencong ke mengumpat plak.... adoooiiiii...... pengaruh crite melayu cerekarama-rama....

leh tahan la aku main tadi.... dengan gaya aku n then seluar terkoyak2.... aku berada di ranking no 1... no 1 dari belakang... wahhahaahhahah..... tapi aku dah mula start nak focus kat sukan lah.... maybe hujung minggu aku nak ajak bos aku a.k.a juara wakil selangor... so leh mintak bos aku jadi coach... wahhahahah...

sebenarnya aku saje nak poyo yg aku dah lama tak exercise... hahahahha.... hari2 asyik tak bermaya je... nak main ragbi, memang tak dapat la.... so aku main badminton la..... nthen bowling pun aku mula nak bermanja manja gak... leh main ngan anak2 nnt....

pe2 pun suria sport the best court la yg penah aku pergi training.... ( sebelum ni training kat dewan orang kawin je... )


heiheihieieiiehiei....




moral of story... pergi la exercise demi pinggang anda.... nak pakai lama tu.....

Thursday, December 15, 2011

Ceramah Ustaz Azhar Idrus


BAKIT KL bersama Tiranita akan mengadakan ceramah Perdana berkonsepkan soal jawab bersama Ulama Tersohor, Ustaz Azhar Idrus pada 19 Disember 2011 di Dewan Serbaguna, Menara TM jam 12.30tgh – 2.00 ptg. 

Banjir kilat Kl 14/12/2011

Assalamualaikum....

APe kebondo la KL ni.... banjir je keje nyer... nasib la semalam aku lalu kat duke highway... aku terkejut gak ngan kebanjiran di KL berturut2 selama 2 hari....

Tapi aku perasan semalam, hujan lebat yg ter amat lebat la jugak... sampai tak nampak ape kebondo la kat depan aku tu... so aku dah expect memang ade tempat yg kena banjir... and aku expect kat jalan tun razak tadi...


tapiiiiii tempat lain plak kena..... source kat -- > ( here )


BANDAR RAYA KUALA LUMPUR DILANDA BANJIR KALI KEDUA | Hujan lebat petang ini menyebabkan beberapa batang jalan di bandar raya sekali lagi mengalami banjir kilat sehingga berlaku kesesakan, namun ia tidak seburuk semalam. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya difahamkan berlaku banjir kilat di Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail dan tempat letak kereta di Bukit Bintang, namun keadaan adalah terkawal dan pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan.
Beliau berkata, pada lewat petang pihaknya menerima laporan berhubung Jalan Brunei, di Pudu dinaiki air. ”Kita terima panggilan kira-kira pukul 6.15 petang ini dan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Jalan Hang Tuah telah digerakkan ke situ. ”Namun keadaan terkawal dan anggota bomba beredar 45 minit kemudian” katanya ketika dihubungi hari ini


Paparan imej dari hmetro..




Wednesday, December 14, 2011

Banjir kilat KL 13/12/2011

Assalamualaikum......


Semalam aku kena penyakit demam plak.... sian kat bini aku.... aku langsung tak tolong jaga baby... mane la aku sanggup kalau baby aku kena demam sebab berjangkit dari aku.. baru 2 bulan....

Alhamdulillah.. arini aku dah boleh masuk kerja.... actually entry ni aku nak update sebab aku baru je lalu kawasan banjir semalam pagi tadi... aku nak pergi TH Shelborn depan Menara Celcom... memang betul2 banjir kilat la... tapi yg best nyer, bersih plak kawasan tu tadi... DBKL punya keje la kot... bagus btul la... leh cuci jamban aku skali... kuikuikui...

dibawh ni picture yg aku google.... sorry aku lupa nak include url ( owner pic ) kat sini.. aku main save je image...

Dibawah sekitar KL pada 13.12.2011









Sekitar TMTC Semarak...



Saturday, December 10, 2011

My Lif3 update



As salam,

Alhamdullilah.... setelah berapa lama aku tak update disebabkan kena focus pada hacking kerja kerja aku ni.. baru la aku dapat update blog syiok sendiri aku ni...

pagi2 sabtu macam biasa la.... bergusti ngan anak bini atas katil... mau la jugak gigitan maut kat lengan aku.... adusssss...... sakit wooooo... ni bukan gigit2 ala ulik maya... ni memang betul2 gigit macam nak lapah peha ayam ... sakittt wwwooooo.....

ok... kali ni aku nak update skit la... orang baru dalam hidup aku ni.... Aryan....


Ni Aryan betul2 keluar dari oven... Call him Tomato Boy....


Tomato Boy 3rd day

Tdo konon2 dah besar la ni.... nak ikut kakak tdo macam ni..


Aryan Rayban...

Aryan ala2 hamster

last but no least.. aryan sexy... heiheihiehiehiehie...


hiehiehiehihei..... kelakar plak tengok revolution of aryan ni..... sekarang dah masuk 2 bulan.... lagi la... dah pandai bersuara agah2 ngan aku.... 


yang paling syok nyer... aku tanya "Aryan.... aryan besar nanti nak jadi programmer..?? " dier trus agah2 ketawa...... heuheuheuhuehuehueh......

Tuesday, November 22, 2011

lawak macam haram.... Pantas..

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata 

“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”



“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.
Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”



“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.



“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.



“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.



” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.



“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.



“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.



” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.



“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.



“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah”



Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

Monday, November 21, 2011

Tahniah sekali lagi Ong Kim Swee.. Pandai pun...

Kepada skuad Muda Harimau Malaysia...


Kami sangat2 berbangga dengan prestasi anda semua.... Menang Penalty ( 5 - 4 )

Ape yang aku boleh komen kat sini, permainan agak bagus la dari senior... cara passing bola yg agak unik... cuma over confident sangat.... Pemain yg terbaik bagi aku adalah.... semua... terus terang aku cakap... sume main peranan yg bagus...

Korang telah di psycho macam2 disana... diugut macam2 disana.... yg aku kesian, tempat korang training... ade ke patut 2 jam dari hotel... kalau kat Malaysia... macam dari KL - Melaka... Nampak sangat ade diskriminasi terhadap malaysia....


Kekadang tu la... Kutuk Malaysia sangat... Nah ko... terduduk.... Tapi  kan... aku tengok pemain bola Indonesia tak macam segelintir rakyat Indonesia yg terlalu EMO.... kalau pemain Malaysia jatuh, diorang yg tolong angkat... kalau pemain Indonesia jatuh pun, pemain Malaysia tolong sama... Sama - sama bantu antara satu sama lain....

tapi tu lah... ternyata segelintir rakyat EMO itu tidak mahu terima kenyataan...


picture : own by syarazi. copy paste dari fesbuk...

RM100 - RM44 hutang = RM56

Assalamualaikum....



Hutang oooo hutang.... rata 90% rakyat Malaysia ni terbeban ngan hutang... aku pun termasuk sekali... Tapi tu normal la kan...

Pastu kerajaan ade bagi instiatif untuk rakyat dengan memberi RM100 kepada rakyat untuk kurangkan beban. ( ataupun nak tarik undi... ape2 je lah... )

Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana keluar kan duit skit untuk rakyat.... tapi RM100 tak memadam kan aku untuk menilai semua jenis politik di Malaysia nih... aku anggap ini adalah tanggungjawab kerajaan untuk rakyat.

Duit yg kerajaan bagi ni aku anggap, duit terpijak... rezeki tergolek.... durian runtuh... sepatutnya digunakan ke jalan yg betul.... cuba baca petikan dibawah..


Berita Harian semalam melaporkan bapa seorang pelajar Azman Salleh, 38, hanya menerima RM56 kerana pengurusan sekolah memotong RM44 dengan alasan untuk melunaskan hutang buku rampaian.Puad berkata tindakan seumpama ini tidak wajar dan bukan cara terbaik meminta pelajar menyelesaikan sebarang bayaran tertunggak.

Bang.... bang ada hutang la bang... buku rampaian plak tu bang... buku rampaian yg bagi anak bang jadi pandai... bang tak nak bayar ke..??


Camni la.. kita amik salah satu contoh....

Aku : Aku nak beli kereta INSPIRA sekilo... boleh tak?
Salesman : Boleh je... prosedur nyer camni camtu...
...
.....
Salesman : tahniah, anda dah dpt kereta INSPIRA....
Aku : Hoooreeeyyy.... Anak aku mesti suka.
....
......
6 bulan kemudian..
Bonzer : Aku mahu tarik balik kereta INSPIRA ko....
Aku : mane boleh....
Bonzer : Kalau tak de duit, buat la cara tak de duit... kalau ade duit... bayar la elok2..
Aku : Aku malas la nak bayar hutang kereta INSPIRA... Dalam bank aku ade Juta2...
Bonzer : kalau ade Juta2, bayar la... kalau xnak bayar, aku tarik kereta INSPIRA ni OKEYYYY...


------------

Ok.. Faham tak situasi lakonan balik aku serta pelakon tambahan aku tu....???

Cuba korang tukar "kereta INSPIRA" kepada "buku rampaian".
dan tukar "Bonzer" kepada "Tuhan" ( ni sekadar contoh... bukan membandingkan Bonzer dan Tuhan )

Dah faham...

--- memandangkan org tak paham, aku perjelas kan maksud dialog diatas...----
Ko nak anak ko jadi pandai... tp ko tak de duit... disebabkan dapat kelonggaran, ko dibenarkan hutang... dengan syarat, bayar balik nnt... tp bila ko dah dapat duit.... ko tak nak bayar plak hutang tu... jangan sampai Tuhan tarik balik ilmu tu...

--- ok faham ???----

alasan2 yg tak leh pakai bila bayar hutang buku anak, seperti berikut...

"Mane cukup nak beli baju sekolah anak"...
Bang.... ko pergi kedai baju Ong Kim Ten Ten... Murah je bai.... kasut RM16 je.. Set Baju + Seluar sekolah.. baru RM30 je bang...
Total : RM46

"Baju tu ape kelasssss"
Bang... hutang tu ade kelas2 ke...??? hutang tetap hutang.... bang....

--------------------

Terus terang aku cakap... Duit yg kerajaan bg tu... aku letak terus dalam envelope perbelanjaan sekolah anak2 aku.... kalau ade hutang kat sekolah anak2 aku, memang aku tolak terus...

--- latest update---

"Bagi saya mudah saja. Wang bantuan RM100 itu diberikan, jangan ambil satu sen pun, jangan potong. 
"Bayar terus RM100 itu, biarkan ibu bapa dan pelajar menikmati sumbangan daripada kerajaan,"
Jgn lupa hutang buku2 anak...

-------


sekian terima kasih dari professor programmer sh4m..

Friday, November 18, 2011

Panduan mendidik anak



"Belajar lah dari kesilapan.. Bukakan lah hati untuk terima kenyataan.." - sh4m




PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”



Kredit to  http://www.NurulAmir.com/

Thursday, November 17, 2011

Harimau Muda sila berjuang.... Ong Kim Swee mulut tapis la skit....

Tahniah Kepada Pemain Malaysia yg berentap dengan Indonesia tadi.... 1-0. 70% aku katakan korang main memang bagus... posisi yg mantap... 30% aku cakap, terlalu leka dan over confident..... ni comment seorang programmer la... yg reti main Football manager game.. hahhahahahahah

kredit picture to : kickbola.blogspot.com


Budak SPM udah2 la yer..... pergi sambung belajar... esok nak jawab exam.... gudluck....

Wednesday, November 16, 2011

Sri Intan Port Dickson Tm Resort


Kali ni aku nak letak entry pasal TM resort Port dickson. Sebenarnya aku tak pergi lagi... tapi planning nanti aku nak pergi... so sebagai reference aku.. aku bubuh siap2... senang skit...

Coordinates: 2°27'19"N   101°51'21"E


Sri Intan Port Dickson
Batu 7 1/2 ,
Teluk Kemang,
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan



06-662 7262
06-662 7663



Tempat makan lak... yang pernah aku pergi dulu.... restoran Jimat Tomyam rasanya...






alamat restoran tu.. 

Jimat Tomyam, Taman Bayu, Port Dickson, Negeri Sembilan




Friday, November 11, 2011

Gemuruh Suara by TM

Saja nak include... Sebagai pembakar semangat nak masuk keje.....






Tuesday, October 25, 2011

My Exora H-Line

Salam 1 Malaysia... Hari ini hari aku cuti... Time untuk rehat bersama anak boolat aku didepan tv layan back to back CSI... Hari ni agak meletihkan jiwa dan lara raga la jugak... semalam anak aku wat hal plak... ade jiran datang mgadu sebab anak aku wat perangai... adeh la... nak cite banyak kontek bini aku... aku cite memang melalut sampai ke jepung....

pastu dengan renovation rumah ni lagi... pagi2 dah kong kiang kong kiang... malam lagi la... tetamu la... anak pun tak tidor la.... nak susu lagi la.... aku rasa kalau aku macam ni sampai 3 tahun... memang aku kena kencing manis  la... automatically jadi pengguna kencing manis yang tegar...

heuheuhuehuehuheu....


Proton Exora.. sebuah MPV keluaran proton yang terbaru.... aku dah pakai selama 5 bulan dah... Exora CPS 1.6 H-Line. Full spec la.. So sebelum beli tu ada la beberapa tentangan dari manusia2 di keliling aku... antara nya...

"Wei, rugi beli Exora, baik ko beli Grand Livina..."
"Enjin malaysia mane leh pakai.... pakai la Alza.."
"Dengar cite, exora enjin meletop kat highway.."
"Beli la kancil.. wat rugi je"

Aku pun malas nak dengar cakap diorang.. padahal aku dah bgtau ape yg aku nak... last2 aku cakap dengan selambe yo o o je..

"Duit bayar kereta tu duit sape..?" terdiam... pastu kata aku emo plak...

aku naik genting... naik cameron... naik bukit bukau... selamba je.... fuel consumption pun lagi better gen 2 campro 1.6 lama aku...

Sekarang dah pakai 5 bulan ni... dah dua kali pergi servis center.... 1st aku pergi ke service center kat penang... memang macam haram.... ade ke patut oil filter tak tutup rapat... nasib aku perasan...

pastu tak pelah... masalah exora ni yg aku perasan skrg adalah minor2 je la.... antara nya adalah..

1. Bila maintain 120 km/j ada bunyi angin kat pintu driver...
2. Pagi2 bila aku start jalan, bunyi brek ngok ngek ngok ngek.... macam ada itik kat rim kereta aku....
3. Handle pintu driver dah semacam... macam ketat nak tarik.. tak macam pintu lain2... ( pergi service center pun, diorang banyak cakap )


tu je la kot... aku rasa... tapi amat puas hati dengan kualiti proton kali ni...

Fakta tentang Qaddafi...

Moamer Gaddafi Adalah Pemimpin Yang Kejam?

Moamer Gaddafi Adalah Pemimpin Yang Kejam?? jika anda berpendapat sedemikian rupa, rasanya anda juga kemungkinan besar berjaya diperbodohkan oleh Kerajaan Kerajaan Dajjal. Arwah merupakan baik orangnya semasa dia masih hidup, bersama sama lah kita berdoa ke atas pemergian Moamer Gaddafi.

Malah sifat dan cara kepimpinanya juga patut dicontohi oleh Najib Razak dan seluruh pemerintah yang ada di Malaysia ini, ambil yang baik dan lupakan yang keruh, manusia tiada yang sempurna.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Cuba anda lihat yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing.Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'.

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

7. Tidak ada bil elektrik di Libya.

8. Pendidikan adalah percuma

9. Kemudahan perubatan adalah percuma.

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah.

Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk kepada musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat kecut perut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Alfatiha Sekali lagi untuk Moamer Gaddafi. Video Kematian.

Semoga kita di Malaysia di jauhkan dari fitnah fitnah yang sebegini rupa.

Gugur lagi seorang tentera Islam…



Sumber dari Fesbuk..

Tuesday, October 18, 2011

Missi Klinik Kesihatan Ibu dan Anak..



Assalamualaikum....

Macam biasa lah... pagi-pagi dah bangun awal nak hantar anak2 aku pergi sekolah.. sebelum hantar tu, dengar lah sore mendayu2 anak2 aku kat hall luar rumah.... nyanyi lagu Najwa Latif - cinta laman muka buku... ternyata bakat diorang amat besar dalam industri muzik... nanti aku masukkan diorang dalam pertandingan karoke jamban je la.... heuheuheuhueh...  sekarang kite tengok lirik lagu yg dipernyanyikan oleh anak aku....


Kita hanya berkenalan dalam muka buku,
Kau hantar personal suruh aku terima kamu oooohhhhhh ohhhhhhhhhh oooohhhhh
Hati ku rasa sesuatu.... ( abeh tempo, lirik berterabur....)


Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa ( tertinggal 1 phase... good2.. )



Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati tata tayang ( ape kebende la hati tata tayang....??? )
Hidup tak menentu adakah ini cinta


pastu aku sambung...

Banyak soalan nak kena jawab exam kejap lagi..
Kalau tak dapat jawab nasib kena rotan lagi..
Kan bagus baca buku pagi-pagi...
Jangan nak memekak buat malu sendiri.....


Anak aku tersengih2... macam kasut berlobang dier tu.... adooiii.... padahal ada exam pagi ni... subjek ahklak 1 dan 2... sempat lagi nak practice vokal kat hall luar rumah plak....  lepas tu... aku pun hantar diorang pergi sekolah..

heuheuhueh... back to the topik...


Missi atau nurse KK ibu dan anak tempat aku ni bagus la... Masa bini dan anak aku discharge, nurse hospital tu suro aku hantar dokumen ke kk tempat aku tu... aku pun tak banyak cakap la... aku pun hantar la keesokannya...


Nurse tu tanya aku.. "Nak nurse datang rumah tak? "
ehhhh... aku terdiam... nape plak nak datang... aku pun tanya la... "Nurse datang nak check ape?"
Nurse pun jawab... "Kami check ler ape yg patut, baby punya kuning ke, jantung ke, mata ke, berat..."
Aku pun jawab la.. "Ikut nurse la kalau nak datang.."
Nurse pangkah aku balik... "Mane leh camtu... aok ler kena bgtau kami boleh ke tak..."
aku pun dengan selambe je jawab... "Nurse datang la.. kalu leh.. hok comey2 skit mari umoh..."

Nurse tu gelak... tak sangka aku leh speaking pantai timor... huehuehuhuehe.... aku pun balik la... sampai je kat umah... tengok van klinik kesihatan dah parking depan umah mak mertua aku.... perghhhh.... best giler.... tp yg tak best, van tu amik parking aku......

heuheuhuehuhue.... and then hari ni hari ke 15... nurse datang buat kali ke-tiga... n last check up dari nurse KK... Bagus betul nurse KK ibu dan anak tempat aku ni... tempat aku je ke... atau tempat lain memang ada service camni... ??

teringat  masa second nurse datang... anak aku kena jundis.. jrendis.. ape kebende lah... tapi dalam bahasa melayu, kena kuning... nurse tu bagi aku surat untuk pergi check darah kat klinik kesihatan... sampai je sana, mak aih... ramai cam semut.... receptionist plak sangat bagus sehingga ramai yg merunggut.. dan aku terkena... Begini lah cerita nya..

Aku : Assalamualaikum... tumpang tanya.. Td nurse KK datang, nthen suro saya han......
Receptionist: Pergi ambil nombor ( sambil membuat senyuman vampire )

aku pun ambil la... nthen aunty sebelah aku cakap, "Lu tayah cakap sama itu olang.. Itu olang muka macam halimau.. silap hali, lu punya kepala masuk dalam helmet saya"...

ish ish ish... aku tak nak bersikap anti demokrasi... tapi ternyata receptionist tersebut menyerupai pendekar harimau... and then aunty ni plak wat lawak ke ape... memang la kepala masuk dalam helmet....

adoooiii... tak pela... kemungkinan surat yg nurse KK tu bagi tadi... aku bagaikan mempunyai lesen agong... bypass semua.. dan paling best, aku menjadi perhatian nurse2 disana... tapi bukan kerana aku... kerana anak aku yg pipi nya menyerupai tomato...


and then lama kemudian... anak aku disahkan kekuningan diparas yang normal.... nasib baik... kalu kuning lagi... memang jadi pelapis bersih 4.3 la nanti...


opppsss... termasuk politik plak.... hieheiheiihei... so far... klinik kesihatan ibu dan anak memang bagus la... dan klinik kesihatan untuk pesakit luar tu, aku maksud kan di KK setapak.. ni komen positif dari aku la... so far KK ni ok.. mungkin time tu aku terkena... ape pun, diharap receptionist tu pandai manage emosinya dan jugak banyak2 la tarik nafas dan bertenang... macam kawan aok sebelah tu... ok je layan pesakit yg lain...


ok dah... abeh dah... tu je....

Monday, October 17, 2011

Isnin + programming



Assalamualaikum.....


Harini permulaan yang letih skit la.... Anak2 wat hal... aku bubuh tong sampah dalam beg sekolah diorang.... so sangat cool aku biar kan anak aku pergi ke sekolah mengendong kan tong sampah... tapi aku tak paham, nape anak aku ni nanges2 pegi sekolah... bila cikgu tu pulang kan tong sampah kat aku, baru anak aku tak nanges.. tong sampah aku ni berpuaka ke ape.... dashyat tul...

Ok... Hari ni ari isnin, dan yg pasti banyak requirement yang aku kena delivered minggu ni... n beribu line code jugak la aku kena buat... adehhh..... tapi tak pe... dengan ade nye 2 tangan dan juga mata 4 aku ni... insyaAllah aku boleh delivered.

So sebelum aku bukak source code cam ayam ni.... marilah sama2 kita memahami simbolik diagram dibawah...



lebih kurang la macam ni.... so aku kena la check ape kejadah nyer serabut ni boleh berlaku.... kena check segala bug yg ada.... kena debugging plak tu.... adooooooiii.... nak solve menatang ni... kena guna pelbagai cara.... cara tersebut seperti dibawah...





tu memang dah last method la.... baling keyboard kat bug..... heuheuhehuheuhuehueu.....



Programmer..... orang igt programmer ni keje yang rilek2.... leh leisure2 cam tengok wayang... main bola dalam kocek.... main game..... sebenarnya... keje programmer ni menentukan hidup dan mati... sila tengok life cycle keje2 programmer di bawah...




Wednesday, October 12, 2011

Selamat datang anak ku...



Assalamualaikum...

Pertama sekali aku ( aku dah stop guna perkataan "WA" sebab anak2 aku baca blog aku, macam kurang ajar la plak ).. Pertama sekali aku bersyukur kepada Illahi yang amat amat Maha Berkuasa. Allah telah menganugerahkan aku seorang anak lelaki, pada hari isnin iaitu 03/10/2011. Di hospital sungai buloh.

Dan isteri aku juga selamat bersalin. Bersalin keluar ikut tingkap. hieheiheiehie... bini aku kena czer.. tak boleh bersalin normal, baby besor dalam perut... mak nyer pun merembat je sume makanan... mane la tak besor... maka nya baby keluar ikut tingkap la jawab nya....

sepanjang bini aku mengandung, aku tak pernah update perkembangan bini aku dari positive mengandung hingga la sebelum bersalin.... sebenarnya aku malas nak cerita, sebab aku tengok dier dah update kat blog dier,, kat fesbok lagi la... berjela2....

heuheuhuehuheu.... sebenarnya aku takde masa nak update... nak layan mak buyong nyer kerenah lagi... membebel kat anak2 lagi... nak main counter strike lagi... nak tido lagi... mane la sempat nak update. aduyaiiii.... ofis hour memang aku dah tercegat depan coding je memanjang... sampai tak sedar dah 2 hari aku duduk depan laptop... padah nya spek mata aku kena upgrade rabun 4.5 build in turbo cooler...


Sambung balik citer tadi... So kedua2 bunga aku selamat bersalin dan dpersalinkan.. pada tarikh tersebut pada pukul 9.30 AM. Sekarang kedua2 berpantang di rumah mertua aku... aku dan anak2 turut terjebak berpantang di rumah mertua ku hinggalah bini aku abeh pantang....

So itu dulu lah.. bawah ni aku letak gambar anak aku selepas baru lahir...



next time aku nak upload gambar gelagat dier plak.... heiheiehiheieh....

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya... google and sayang ku..

kredit to google..

Selamat hari raya aidilfitri, Maaf Zahir dan batin... Wa tujukan ucapan ni untuk semua rakyat malaysia dan juga untuk google staff. thanks for apperciate and care about our citizen festival...

Selamat hari raya aidilfitri untuk keluarga wa tercinta.. especially untuk Isteri yang tercinta, sayang, serta hormat. Tanpa mu tiada makna raya ini. Tanpa mu, wa tak gemuk camni la... heiheihiehiheihie... terima kasih sayang ku.

Wa nak minta maaf kali ni balik kampung parent wa, we not do some bersalaman di pagi raya with family... my family always busy with their ziarah menziarahi.. and i'm too concern on my siblings...  I'm very sorry sayang..

But i'll do after we come back to KL and we make a proper bersalaman event.. i know it a bit too late.. I'm very very sorry sayang..

 ---

*agak2 english wa lagi teruk ke ngan ex membe kita, cikgu english kat sekolah peremba tu??

Saturday, August 20, 2011

Bermula pagi ini dengan Perang...


Selamat pagi...... huuauuaaaaaa..... pagi ni dapat call system ade error skit... tapi tak pe nasib la leh fix... so nak rilex2 jap... wa nak warm up skit... dengan bermain counter strike source... pakai screen lcd besau wa ni..


hahahahha.... tapi kalah la plak...1st time main guna screen besau ni.... biasa la tu...


Thursday, August 18, 2011

Streamyx Problem ke?


Streamyx problem ke..... jangan la menyumpah streamyx tu.... cuba pakai brokbeng.... sanggup ke..? tak ke lagi sakit jiwa.... hhhhaaaa tu la.... asyik menyumpah streamyx je.... cuba la tengok betul2 modem tu... masuk air ke.. cabut splitter ke.... tak pun cuba connect ke telefon, and cuba angkat ganggang tu... ade dengar noise2 tak... ala bunyi macam semut2 tengah berjoget dalam telefon....

Kalau streamyx selalu disconnect, Sila trouble shoot 1st... ambil LAN wayar sambung direct ke laptop/pc anda ke modem tu... and cuba try browse internet.. putus2 lagi ke..?

sila cabut splittter and direct talian telefon tu ke modem... and sila off dalam 20 saat, pastu on...

cuba browse internet lagi... putus2 lagi??


Ape lagi sila la call 100. cuba cakap dengan operator.. Cakap kat operator,

"Internet saya selalu putus2..."
"Boleh check tak IP saya selalu bertukar ke..?"

kalau operator kata tidak... Sila tanya "Arini berapa kali internet saya disconnect?"

kalau lebih dari 10 kali...  maknanya ade problem la... so minta la operator tu hantar kan orang untuk checkkan line internet... so ready la panggilan dari TM... Tapi please keep track time and date panggilan ni, sebab anda kena followup mende ni... incase kalau takde tindakan... boleh call 100 balik and bila operator tanya bila kali terakhir buat panggilan, so korang ade la records ni...

kalau call 100 pun buat taik jugak.... sila la email ke RRT@tm.com.my

untuk lagi cepat sila ikut prosedur dibawah..

Nama :
No Handphone:


Login ( sekirannya ada ) :
No Telefon ( streamyx, sekiranya ada ) :

Masalah :



so masalah tu korang boleh cerita apa masalahnya.. biar la berterabor ke, typo ke... asalkan mesej faham oleh semua bangsa...


tu je la merepek2 arini.... sekian terima kasih..

Monday, August 15, 2011

Suka dan Duka di Hari Ramadhan hari ini...


Fuuhhhhh... harini adalah hari amat menduga wa dan juga isteri anak beranak... penat + bahagia...

malam tadi... wa dan bini wa di duga dengan guruh + petir yg berdentum dentum... sehingga wa dan bini wa terkejut dari tido.... bini wa pun dengan mengambil kesempatan memeluk wa sekuat hati macam bantal peluk dier....

Time sahur... Bini wa tak larat sebab berjaga time hujan tadi tu.... wa pun amik alih tugas bini wa menyediakan makan sahur.... Alhamdulillah... anak2 pun senang nak kejut... diorang makan pun bertambah2... padahal wa masak telur dadar je... tu pun berselera macam ape ntah...

Dah abeh sahur tu... anak2 wa terus la pergi naik umah... tido.... tinggal wa je... bila nak kemas je meja makan tu... ttibe wa di serang sembelit akut teruk.... aduuoooiii... rasa macam usus2 wa ni kena ikat simpul plak.. lama kedian tu... wa pun berak la dengan jaya.... aadddooiiiii....


Bila nak pergi kerja.... adehhhhh.... macam biasa la... JAMMED.... keluar sana JAMMED.. Keluar Sini pun JAMMED.... hhhmm... belum kire lagi kereta2 yg suke menyondolll.... Kul 7.00 am keluar.. sampai opis kul 8.30 am.. 1 1/2 jam saja kat atas jalan...


Sampai je opis... wa dikejutkan dengan annoucement.... DATABASE DOWNNNNNN.... adeiiiii pehal la plak database wa down ni..... wa dah pakai oracle 11g dah... takkan down gak.... bila wa tengok, rupanya session database wa naik.. spike ttiba... sql biasa je.... tak pe la...

Pada masa yg sama, boss wa datang suro wa enhance SQL tu... mampuihhhh wa... sql tu dah abeh enhance.... tapi tak pe... wa cuba lagi nak enhance..... disebabkan task ni diberi kat wa.. wa telah mengusyukkan diri untuk fokus task tersebut... makan dengan itu... wa tersedar sudah pukul 3.30 pm... adehhhh.... lupa nak g zohor lak... trus wa ajak membe2 wa pergi surau...

4.30 sharp... wa terus memblah kan diri.... tapi hujan la plak.... hmmmm takpe wa trus pergi ke LRT yg terdekat untuk turun kat KL Sentral.. berlari2 wa... sampai buku lali wa terkehel skit... aduuuooiii...

pukul 5.00pm bini wa dah tunggu kat kL sentral... wa pun trus la amik tempat duduk driver... keluar je kl Sentral... JAMMED JAMMED Jengggg.... adddooiiiiii... berapa banyak adoiiii dah wa ni... memanjang JAMMED... dari kL sentral ke Jelatek...

Sampai je ke distinasi.. wa amik anak2 wa dari sekolah... keluar je JAMMED lagi... asyik jammed je... cubala bagi Jam ke... Jem ke..... baru la hati tenang.... takpe la... wa pun terus kan perjalanan..... lalu kat MRR2.... macam biasala.... jammed je la memanjang.... teruk gak kali ni jammed... wa pun tinjau2 la kat depan tu... nampak macam ade kereta polis.... wa rasa macam excident...


takpe la... dengan hati yg boleh terima... wa pun follow la kereta... bila hampir je kat kereta polis tu... "Ehhhhhh excident sebelah sana... pesal belah sini plak yg jammed..." kata wa...

dan2 lepas tu... terus tak jammed... haram jadah tul kereta yg memperlahankan kereta.. bukan excident teruk pun... takat tercium bumper belakang je pun... ape da.....

akhir nya wa sampai ke rumah.... pukul berapa?? pukul 7.00 pm okeiiii..... dasyat tul arini....


Wa pun tolong la bini wa kat dapur... tolong potong ayam... tolong potong sayur... basuh pinggan mangkuk... masak nasi... Alhamdulillah... 3 lauk berserta air oren sempat siap... nasik pun tak panas sangat... warm2 gitu....


lastly... abeh je bberbuka... anak2 wa plak takeover kitorang punya kerja... tolong kemas meja makan...


Perghhh.... letih nyer wa... tengguk dah mula sakit... kaki dah mula sengal2... kepala dah mula lesu.. mata dah mula berkedip2 macam lampu liplap kat sebelah rumah mak mertua wa..

Moral of story... Moment ni je la yang ada di Bulan Ramadhan... Semoga Kami sekeluarga diberkati oleh Allah... Dan di murahkan rezeki untuk kami sekeluarga.... amin..

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan 2011... 2 minggu sudah..



Alhamdulillah... So far Ramadhan kali ini berjalan dengan lancar... Tiada ponteng pose... Masalah2 yang merugikan.. Masa terbuang macam buang taik indung pun xde... So ok la...


cuma nya Ramadhan kali ni lebih bermakna untuk wa... sebab ape..?? sebab rezeki yang Allah bagi kat wa tahun ni... Sangat2 syukur....

Perkara2 yang wa sangat2 bersyukur adalah...


1 : Tahun ni wa menyambut Ramadhan berstatus sebagai S.U.A.M.I. heuheuhueuhuehuhe.... tapi bukan wa sorang je.... adik wa pun sama gak macam wa.... adik wa ni gatai cepat... kawin 6 bulan lepas wa.... heuheuheuhue...

2 : Ramadhan kali ni jugak wa sambut dalam keadaan berkeluarga... Dengan Isteri yang masakkan untuk wa... dan Anak2 wa yang degil tahap cili api.... Dan rumah sendiri.. ( sewa je... ) so sweeetttt.... leh mintak masak best2 untuk wa.... kepada isteri wa... Koli mejik dah beli... so masak sedap2 k..... macam ari tu...

3 : Tanggung jawab wa semakin besar.. Wa dah mula support adik2 wa... nak guide adik2 yang hampir ke SPM ni.... aduuhhhh... pening wa pasal yg ni....


tu la dier sebanyak sedikit seciput yang wa nak citer kat sini.... ok... next.... Kali ni lak wa nak bercerita ragam2 manusia di perut Malaysia dikala waktu lepas ofis hour....

Berikut nya adalah.....

1 : Ramadhan kali ni juga wa dapat tengok lagi pemandu2 kereta di KL yang berpusu2 nak balik umah, even diorang xmasak, hanya beli makanan kat bazaar yang xsedap serta mahaiiiii.... heuheuheuhuehuehu.... dan juga PEMANDUAN YANG MERBAHAYA DITAMBAH MUKA YANG SETONYEEEE..... hahahahhahahaha..

2 : Jalan Jammed di mana2 sahaja.. even wa nak balik keje pun lift pun nak ikut jammed sekali.... adehhhh...

3 : Bazaar Ramadhan yang makin mahal.... tadi wa beli kueh melaka... 5 biji 2 hengget.... gilerr... yela dah bertahun wa tak beli kueh ni.. dulu 5 singgit je beb... ke wa yang ketinggalan ni..???? musykil3...



itu lah dier Ramadhan kali ni.... macam2...