Hi semua...
Saya telah berpindah ke Sh4m.org.
Blog ini hanya menjadi sebagai reference sahaja. :)

Wednesday, October 12, 2011

Selamat datang anak ku...



Assalamualaikum...

Pertama sekali aku ( aku dah stop guna perkataan "WA" sebab anak2 aku baca blog aku, macam kurang ajar la plak ).. Pertama sekali aku bersyukur kepada Illahi yang amat amat Maha Berkuasa. Allah telah menganugerahkan aku seorang anak lelaki, pada hari isnin iaitu 03/10/2011. Di hospital sungai buloh.

Dan isteri aku juga selamat bersalin. Bersalin keluar ikut tingkap. hieheiheiehie... bini aku kena czer.. tak boleh bersalin normal, baby besor dalam perut... mak nyer pun merembat je sume makanan... mane la tak besor... maka nya baby keluar ikut tingkap la jawab nya....

sepanjang bini aku mengandung, aku tak pernah update perkembangan bini aku dari positive mengandung hingga la sebelum bersalin.... sebenarnya aku malas nak cerita, sebab aku tengok dier dah update kat blog dier,, kat fesbok lagi la... berjela2....

heuheuhuehuheu.... sebenarnya aku takde masa nak update... nak layan mak buyong nyer kerenah lagi... membebel kat anak2 lagi... nak main counter strike lagi... nak tido lagi... mane la sempat nak update. aduyaiiii.... ofis hour memang aku dah tercegat depan coding je memanjang... sampai tak sedar dah 2 hari aku duduk depan laptop... padah nya spek mata aku kena upgrade rabun 4.5 build in turbo cooler...


Sambung balik citer tadi... So kedua2 bunga aku selamat bersalin dan dpersalinkan.. pada tarikh tersebut pada pukul 9.30 AM. Sekarang kedua2 berpantang di rumah mertua aku... aku dan anak2 turut terjebak berpantang di rumah mertua ku hinggalah bini aku abeh pantang....

So itu dulu lah.. bawah ni aku letak gambar anak aku selepas baru lahir...



next time aku nak upload gambar gelagat dier plak.... heiheiehiheieh....