Hi semua...
Saya telah berpindah ke Sh4m.org.
Blog ini hanya menjadi sebagai reference sahaja. :)

Monday, November 21, 2011

RM100 - RM44 hutang = RM56

Assalamualaikum....



Hutang oooo hutang.... rata 90% rakyat Malaysia ni terbeban ngan hutang... aku pun termasuk sekali... Tapi tu normal la kan...

Pastu kerajaan ade bagi instiatif untuk rakyat dengan memberi RM100 kepada rakyat untuk kurangkan beban. ( ataupun nak tarik undi... ape2 je lah... )

Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana keluar kan duit skit untuk rakyat.... tapi RM100 tak memadam kan aku untuk menilai semua jenis politik di Malaysia nih... aku anggap ini adalah tanggungjawab kerajaan untuk rakyat.

Duit yg kerajaan bagi ni aku anggap, duit terpijak... rezeki tergolek.... durian runtuh... sepatutnya digunakan ke jalan yg betul.... cuba baca petikan dibawah..


Berita Harian semalam melaporkan bapa seorang pelajar Azman Salleh, 38, hanya menerima RM56 kerana pengurusan sekolah memotong RM44 dengan alasan untuk melunaskan hutang buku rampaian.Puad berkata tindakan seumpama ini tidak wajar dan bukan cara terbaik meminta pelajar menyelesaikan sebarang bayaran tertunggak.

Bang.... bang ada hutang la bang... buku rampaian plak tu bang... buku rampaian yg bagi anak bang jadi pandai... bang tak nak bayar ke..??


Camni la.. kita amik salah satu contoh....

Aku : Aku nak beli kereta INSPIRA sekilo... boleh tak?
Salesman : Boleh je... prosedur nyer camni camtu...
...
.....
Salesman : tahniah, anda dah dpt kereta INSPIRA....
Aku : Hoooreeeyyy.... Anak aku mesti suka.
....
......
6 bulan kemudian..
Bonzer : Aku mahu tarik balik kereta INSPIRA ko....
Aku : mane boleh....
Bonzer : Kalau tak de duit, buat la cara tak de duit... kalau ade duit... bayar la elok2..
Aku : Aku malas la nak bayar hutang kereta INSPIRA... Dalam bank aku ade Juta2...
Bonzer : kalau ade Juta2, bayar la... kalau xnak bayar, aku tarik kereta INSPIRA ni OKEYYYY...


------------

Ok.. Faham tak situasi lakonan balik aku serta pelakon tambahan aku tu....???

Cuba korang tukar "kereta INSPIRA" kepada "buku rampaian".
dan tukar "Bonzer" kepada "Tuhan" ( ni sekadar contoh... bukan membandingkan Bonzer dan Tuhan )

Dah faham...

--- memandangkan org tak paham, aku perjelas kan maksud dialog diatas...----
Ko nak anak ko jadi pandai... tp ko tak de duit... disebabkan dapat kelonggaran, ko dibenarkan hutang... dengan syarat, bayar balik nnt... tp bila ko dah dapat duit.... ko tak nak bayar plak hutang tu... jangan sampai Tuhan tarik balik ilmu tu...

--- ok faham ???----

alasan2 yg tak leh pakai bila bayar hutang buku anak, seperti berikut...

"Mane cukup nak beli baju sekolah anak"...
Bang.... ko pergi kedai baju Ong Kim Ten Ten... Murah je bai.... kasut RM16 je.. Set Baju + Seluar sekolah.. baru RM30 je bang...
Total : RM46

"Baju tu ape kelasssss"
Bang... hutang tu ade kelas2 ke...??? hutang tetap hutang.... bang....

--------------------

Terus terang aku cakap... Duit yg kerajaan bg tu... aku letak terus dalam envelope perbelanjaan sekolah anak2 aku.... kalau ade hutang kat sekolah anak2 aku, memang aku tolak terus...

--- latest update---

"Bagi saya mudah saja. Wang bantuan RM100 itu diberikan, jangan ambil satu sen pun, jangan potong. 
"Bayar terus RM100 itu, biarkan ibu bapa dan pelajar menikmati sumbangan daripada kerajaan,"
Jgn lupa hutang buku2 anak...

-------


sekian terima kasih dari professor programmer sh4m..

No comments:

Post a Comment