Hi semua...
Saya telah berpindah ke Sh4m.org.
Blog ini hanya menjadi sebagai reference sahaja. :)

Tuesday, October 25, 2011

My Exora H-Line

Salam 1 Malaysia... Hari ini hari aku cuti... Time untuk rehat bersama anak boolat aku didepan tv layan back to back CSI... Hari ni agak meletihkan jiwa dan lara raga la jugak... semalam anak aku wat hal plak... ade jiran datang mgadu sebab anak aku wat perangai... adeh la... nak cite banyak kontek bini aku... aku cite memang melalut sampai ke jepung....

pastu dengan renovation rumah ni lagi... pagi2 dah kong kiang kong kiang... malam lagi la... tetamu la... anak pun tak tidor la.... nak susu lagi la.... aku rasa kalau aku macam ni sampai 3 tahun... memang aku kena kencing manis  la... automatically jadi pengguna kencing manis yang tegar...

heuheuhuehuehuheu....


Proton Exora.. sebuah MPV keluaran proton yang terbaru.... aku dah pakai selama 5 bulan dah... Exora CPS 1.6 H-Line. Full spec la.. So sebelum beli tu ada la beberapa tentangan dari manusia2 di keliling aku... antara nya...

"Wei, rugi beli Exora, baik ko beli Grand Livina..."
"Enjin malaysia mane leh pakai.... pakai la Alza.."
"Dengar cite, exora enjin meletop kat highway.."
"Beli la kancil.. wat rugi je"

Aku pun malas nak dengar cakap diorang.. padahal aku dah bgtau ape yg aku nak... last2 aku cakap dengan selambe yo o o je..

"Duit bayar kereta tu duit sape..?" terdiam... pastu kata aku emo plak...

aku naik genting... naik cameron... naik bukit bukau... selamba je.... fuel consumption pun lagi better gen 2 campro 1.6 lama aku...

Sekarang dah pakai 5 bulan ni... dah dua kali pergi servis center.... 1st aku pergi ke service center kat penang... memang macam haram.... ade ke patut oil filter tak tutup rapat... nasib aku perasan...

pastu tak pelah... masalah exora ni yg aku perasan skrg adalah minor2 je la.... antara nya adalah..

1. Bila maintain 120 km/j ada bunyi angin kat pintu driver...
2. Pagi2 bila aku start jalan, bunyi brek ngok ngek ngok ngek.... macam ada itik kat rim kereta aku....
3. Handle pintu driver dah semacam... macam ketat nak tarik.. tak macam pintu lain2... ( pergi service center pun, diorang banyak cakap )


tu je la kot... aku rasa... tapi amat puas hati dengan kualiti proton kali ni...

Fakta tentang Qaddafi...

Moamer Gaddafi Adalah Pemimpin Yang Kejam?

Moamer Gaddafi Adalah Pemimpin Yang Kejam?? jika anda berpendapat sedemikian rupa, rasanya anda juga kemungkinan besar berjaya diperbodohkan oleh Kerajaan Kerajaan Dajjal. Arwah merupakan baik orangnya semasa dia masih hidup, bersama sama lah kita berdoa ke atas pemergian Moamer Gaddafi.

Malah sifat dan cara kepimpinanya juga patut dicontohi oleh Najib Razak dan seluruh pemerintah yang ada di Malaysia ini, ambil yang baik dan lupakan yang keruh, manusia tiada yang sempurna.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Cuba anda lihat yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing.Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'.

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

7. Tidak ada bil elektrik di Libya.

8. Pendidikan adalah percuma

9. Kemudahan perubatan adalah percuma.

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah.

Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk kepada musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat kecut perut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Alfatiha Sekali lagi untuk Moamer Gaddafi. Video Kematian.

Semoga kita di Malaysia di jauhkan dari fitnah fitnah yang sebegini rupa.

Gugur lagi seorang tentera Islam…



Sumber dari Fesbuk..

Tuesday, October 18, 2011

Missi Klinik Kesihatan Ibu dan Anak..



Assalamualaikum....

Macam biasa lah... pagi-pagi dah bangun awal nak hantar anak2 aku pergi sekolah.. sebelum hantar tu, dengar lah sore mendayu2 anak2 aku kat hall luar rumah.... nyanyi lagu Najwa Latif - cinta laman muka buku... ternyata bakat diorang amat besar dalam industri muzik... nanti aku masukkan diorang dalam pertandingan karoke jamban je la.... heuheuheuhueh...  sekarang kite tengok lirik lagu yg dipernyanyikan oleh anak aku....


Kita hanya berkenalan dalam muka buku,
Kau hantar personal suruh aku terima kamu oooohhhhhh ohhhhhhhhhh oooohhhhh
Hati ku rasa sesuatu.... ( abeh tempo, lirik berterabur....)


Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa ( tertinggal 1 phase... good2.. )



Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati tata tayang ( ape kebende la hati tata tayang....??? )
Hidup tak menentu adakah ini cinta


pastu aku sambung...

Banyak soalan nak kena jawab exam kejap lagi..
Kalau tak dapat jawab nasib kena rotan lagi..
Kan bagus baca buku pagi-pagi...
Jangan nak memekak buat malu sendiri.....


Anak aku tersengih2... macam kasut berlobang dier tu.... adooiii.... padahal ada exam pagi ni... subjek ahklak 1 dan 2... sempat lagi nak practice vokal kat hall luar rumah plak....  lepas tu... aku pun hantar diorang pergi sekolah..

heuheuhueh... back to the topik...


Missi atau nurse KK ibu dan anak tempat aku ni bagus la... Masa bini dan anak aku discharge, nurse hospital tu suro aku hantar dokumen ke kk tempat aku tu... aku pun tak banyak cakap la... aku pun hantar la keesokannya...


Nurse tu tanya aku.. "Nak nurse datang rumah tak? "
ehhhh... aku terdiam... nape plak nak datang... aku pun tanya la... "Nurse datang nak check ape?"
Nurse pun jawab... "Kami check ler ape yg patut, baby punya kuning ke, jantung ke, mata ke, berat..."
Aku pun jawab la.. "Ikut nurse la kalau nak datang.."
Nurse pangkah aku balik... "Mane leh camtu... aok ler kena bgtau kami boleh ke tak..."
aku pun dengan selambe je jawab... "Nurse datang la.. kalu leh.. hok comey2 skit mari umoh..."

Nurse tu gelak... tak sangka aku leh speaking pantai timor... huehuehuhuehe.... aku pun balik la... sampai je kat umah... tengok van klinik kesihatan dah parking depan umah mak mertua aku.... perghhhh.... best giler.... tp yg tak best, van tu amik parking aku......

heuheuhuehuhue.... and then hari ni hari ke 15... nurse datang buat kali ke-tiga... n last check up dari nurse KK... Bagus betul nurse KK ibu dan anak tempat aku ni... tempat aku je ke... atau tempat lain memang ada service camni... ??

teringat  masa second nurse datang... anak aku kena jundis.. jrendis.. ape kebende lah... tapi dalam bahasa melayu, kena kuning... nurse tu bagi aku surat untuk pergi check darah kat klinik kesihatan... sampai je sana, mak aih... ramai cam semut.... receptionist plak sangat bagus sehingga ramai yg merunggut.. dan aku terkena... Begini lah cerita nya..

Aku : Assalamualaikum... tumpang tanya.. Td nurse KK datang, nthen suro saya han......
Receptionist: Pergi ambil nombor ( sambil membuat senyuman vampire )

aku pun ambil la... nthen aunty sebelah aku cakap, "Lu tayah cakap sama itu olang.. Itu olang muka macam halimau.. silap hali, lu punya kepala masuk dalam helmet saya"...

ish ish ish... aku tak nak bersikap anti demokrasi... tapi ternyata receptionist tersebut menyerupai pendekar harimau... and then aunty ni plak wat lawak ke ape... memang la kepala masuk dalam helmet....

adoooiii... tak pela... kemungkinan surat yg nurse KK tu bagi tadi... aku bagaikan mempunyai lesen agong... bypass semua.. dan paling best, aku menjadi perhatian nurse2 disana... tapi bukan kerana aku... kerana anak aku yg pipi nya menyerupai tomato...


and then lama kemudian... anak aku disahkan kekuningan diparas yang normal.... nasib baik... kalu kuning lagi... memang jadi pelapis bersih 4.3 la nanti...


opppsss... termasuk politik plak.... hieheiheiihei... so far... klinik kesihatan ibu dan anak memang bagus la... dan klinik kesihatan untuk pesakit luar tu, aku maksud kan di KK setapak.. ni komen positif dari aku la... so far KK ni ok.. mungkin time tu aku terkena... ape pun, diharap receptionist tu pandai manage emosinya dan jugak banyak2 la tarik nafas dan bertenang... macam kawan aok sebelah tu... ok je layan pesakit yg lain...


ok dah... abeh dah... tu je....

Monday, October 17, 2011

Isnin + programming



Assalamualaikum.....


Harini permulaan yang letih skit la.... Anak2 wat hal... aku bubuh tong sampah dalam beg sekolah diorang.... so sangat cool aku biar kan anak aku pergi ke sekolah mengendong kan tong sampah... tapi aku tak paham, nape anak aku ni nanges2 pegi sekolah... bila cikgu tu pulang kan tong sampah kat aku, baru anak aku tak nanges.. tong sampah aku ni berpuaka ke ape.... dashyat tul...

Ok... Hari ni ari isnin, dan yg pasti banyak requirement yang aku kena delivered minggu ni... n beribu line code jugak la aku kena buat... adehhh..... tapi tak pe... dengan ade nye 2 tangan dan juga mata 4 aku ni... insyaAllah aku boleh delivered.

So sebelum aku bukak source code cam ayam ni.... marilah sama2 kita memahami simbolik diagram dibawah...



lebih kurang la macam ni.... so aku kena la check ape kejadah nyer serabut ni boleh berlaku.... kena check segala bug yg ada.... kena debugging plak tu.... adooooooiii.... nak solve menatang ni... kena guna pelbagai cara.... cara tersebut seperti dibawah...





tu memang dah last method la.... baling keyboard kat bug..... heuheuhehuheuhuehueu.....



Programmer..... orang igt programmer ni keje yang rilek2.... leh leisure2 cam tengok wayang... main bola dalam kocek.... main game..... sebenarnya... keje programmer ni menentukan hidup dan mati... sila tengok life cycle keje2 programmer di bawah...




Wednesday, October 12, 2011

Selamat datang anak ku...



Assalamualaikum...

Pertama sekali aku ( aku dah stop guna perkataan "WA" sebab anak2 aku baca blog aku, macam kurang ajar la plak ).. Pertama sekali aku bersyukur kepada Illahi yang amat amat Maha Berkuasa. Allah telah menganugerahkan aku seorang anak lelaki, pada hari isnin iaitu 03/10/2011. Di hospital sungai buloh.

Dan isteri aku juga selamat bersalin. Bersalin keluar ikut tingkap. hieheiheiehie... bini aku kena czer.. tak boleh bersalin normal, baby besor dalam perut... mak nyer pun merembat je sume makanan... mane la tak besor... maka nya baby keluar ikut tingkap la jawab nya....

sepanjang bini aku mengandung, aku tak pernah update perkembangan bini aku dari positive mengandung hingga la sebelum bersalin.... sebenarnya aku malas nak cerita, sebab aku tengok dier dah update kat blog dier,, kat fesbok lagi la... berjela2....

heuheuhuehuheu.... sebenarnya aku takde masa nak update... nak layan mak buyong nyer kerenah lagi... membebel kat anak2 lagi... nak main counter strike lagi... nak tido lagi... mane la sempat nak update. aduyaiiii.... ofis hour memang aku dah tercegat depan coding je memanjang... sampai tak sedar dah 2 hari aku duduk depan laptop... padah nya spek mata aku kena upgrade rabun 4.5 build in turbo cooler...


Sambung balik citer tadi... So kedua2 bunga aku selamat bersalin dan dpersalinkan.. pada tarikh tersebut pada pukul 9.30 AM. Sekarang kedua2 berpantang di rumah mertua aku... aku dan anak2 turut terjebak berpantang di rumah mertua ku hinggalah bini aku abeh pantang....

So itu dulu lah.. bawah ni aku letak gambar anak aku selepas baru lahir...



next time aku nak upload gambar gelagat dier plak.... heiheiehiheieh....