Hi semua...
Saya telah berpindah ke Sh4m.org.
Blog ini hanya menjadi sebagai reference sahaja. :)

Tuesday, April 10, 2012

Kerajaan tidak halang perhimpunan BERSIH 28 April

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menghalang penganjuran perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 28 April ini kerana ia dilihat tidak membabitkan isu keselamatan.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penganjur perlu mengadakan perbincangan dengan pihak polis berhubung tempat dan masa penganjuran yang sesuai bagi memastikan ia tidak mengganggu ketenteraman orang ramai.

Sumber dari bharian.com.my

WANITA.....!!!!!!!!! JANGAN SEKSA LELAKI....!!!




WANITA.....!!!!!!!!! JANGAN SEKSA LELAKI....!!!

Ada seorang lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ini sangat cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan bertudung, tapi sayang baju dia ketat.

Walaupun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Si lelaki ini, masa mula-mula dia duduk di sebelah perempuan tu dia masih dapat ‘control’ lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala.

Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. “Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok ‘real’ kan?”