Hi semua...
Saya telah berpindah ke Sh4m.org.
Blog ini hanya menjadi sebagai reference sahaja. :)

Tuesday, April 27, 2010

Legaaaaaaaa.................

.
.
Fullamak memang lega beb... xpenah rasa camni... mmg lega la... paling terbaik la....... semalam, ptg tu badan aku mengalami satu penyakit yang xdapat diterangkan oleh para2 doktor yang xbertauliah....

aku rasa cam nak hempuk je penyakit aku ni... penyakit aku ni adalah sejenis serangan sakit2 belakang, pinggang dan juga bahu mahupun kepala.. so dengan perjumpaan dengan doktor2 xbertauliah ni, aku dah berazam aku mahu berubat ikut cara zaman2 firaun....

maka aku dengan selamba mengajak bini aku dengan ayat paling ikhlas... "beb, gua nak g carefour, jupe dukun firaun jap..." bini gua menyampuk, "lu nak mampus???" maknanya dier nak ikut la tu....

so aku pergi la kat carefour kat depan wangsa walk n tepi kfc sambil drift2 kat tepi shell tu sambey mulut bini gua maki hamun gua.... lama kedian.. jupe dukun tu...n then aku dipaksa berbogel tanggal baju je.... dan aku merelakan diri aku diatas katil kecik nak mampus tu... dengan urutan ala maya sukun2 comey, aku mengalami penyakit menjerit yg kuat amat....


heuhueheuhuehue.... jadi dukun tersebut bukan la sebarang dukun, tetapi seorang pengamal urutan tradisional dan seorang yg tinggi didikan agama... aku amat la melayan dengan ulik mayam jari jemari nya dibelakang ku... dengan muka yg lega dan bernafsu, aku terus demand aku nak BERBEKAM........ huhuhuhuuhu...

so tukang urut ni ada cadangkan aku untuk berbekam berapa byk cup.. so aku amik dalam 14 cup je.. point kat organ2 sulit penting cam jantung, ginjal, betis, tulang belakang...

lu tengok atas ni.. ade sepuloh penyedut jahanam kat belakang gua.. menyebabkan gua lumpuh nak berjoget...

kat kaki gua pun ade lagi penyedut haram ni... selambe je curi darah aku... heuheheu... yg putih2 tu sebenarnya asid dari dlm kaki aku... tu yg menyebabkan kaki aku asik kremm kebas kejang dan sebagainya..


atas ni kalu lu tgk btul2, ade wap kat dalam cup tu... wap tu sebenarnya adalah angin dr dlm bandar badan aku...

paling gua xbleh bla, tukang bekam ni telah mengeluarkan ayat2 yang penuh syahdu n menusuk kalbu... dier cakap, dari fizikal nampak muda, tp dalaman macam umor 40 tahun... wahahahhaha.... padan muka aku... 
pehal bai???  aku stress beb, keje, adik2 aku, keluarga aku, duit lagi, bisnes lagi... :)
----------
pergh lega giler lepas wat mende ni... tp yg mengelikan benak2 rusuk aku adalah, time pakai baju, rasa ngilu semenet dua.. pastu akan ada rasa nafsu untuk mengaru2 kat belakang... tp aku xnak garu.. nnt luka besar...

pagi ni aku g keje, mmg lega.... tukang bekam tu ada cakap, buang darah kotor ni ibarat buang sampah dlm longkang.. so air dapat mengalir lancar tanpa sampah sarap... n aku dinasihat kan, jgn la isap rokok, dah cantek longkang bersih,kalu hang isap rokok ibarat hang saje letak lampin kat longkang.. jd sampah balik... tersentap jiwa raga aku kejap.....