Hi semua...
Saya telah berpindah ke Sh4m.org.
Blog ini hanya menjadi sebagai reference sahaja. :)

Tuesday, October 25, 2011

My Exora H-Line

Salam 1 Malaysia... Hari ini hari aku cuti... Time untuk rehat bersama anak boolat aku didepan tv layan back to back CSI... Hari ni agak meletihkan jiwa dan lara raga la jugak... semalam anak aku wat hal plak... ade jiran datang mgadu sebab anak aku wat perangai... adeh la... nak cite banyak kontek bini aku... aku cite memang melalut sampai ke jepung....

pastu dengan renovation rumah ni lagi... pagi2 dah kong kiang kong kiang... malam lagi la... tetamu la... anak pun tak tidor la.... nak susu lagi la.... aku rasa kalau aku macam ni sampai 3 tahun... memang aku kena kencing manis  la... automatically jadi pengguna kencing manis yang tegar...

heuheuhuehuehuheu....


Proton Exora.. sebuah MPV keluaran proton yang terbaru.... aku dah pakai selama 5 bulan dah... Exora CPS 1.6 H-Line. Full spec la.. So sebelum beli tu ada la beberapa tentangan dari manusia2 di keliling aku... antara nya...

"Wei, rugi beli Exora, baik ko beli Grand Livina..."
"Enjin malaysia mane leh pakai.... pakai la Alza.."
"Dengar cite, exora enjin meletop kat highway.."
"Beli la kancil.. wat rugi je"

Aku pun malas nak dengar cakap diorang.. padahal aku dah bgtau ape yg aku nak... last2 aku cakap dengan selambe yo o o je..

"Duit bayar kereta tu duit sape..?" terdiam... pastu kata aku emo plak...

aku naik genting... naik cameron... naik bukit bukau... selamba je.... fuel consumption pun lagi better gen 2 campro 1.6 lama aku...

Sekarang dah pakai 5 bulan ni... dah dua kali pergi servis center.... 1st aku pergi ke service center kat penang... memang macam haram.... ade ke patut oil filter tak tutup rapat... nasib aku perasan...

pastu tak pelah... masalah exora ni yg aku perasan skrg adalah minor2 je la.... antara nya adalah..

1. Bila maintain 120 km/j ada bunyi angin kat pintu driver...
2. Pagi2 bila aku start jalan, bunyi brek ngok ngek ngok ngek.... macam ada itik kat rim kereta aku....
3. Handle pintu driver dah semacam... macam ketat nak tarik.. tak macam pintu lain2... ( pergi service center pun, diorang banyak cakap )


tu je la kot... aku rasa... tapi amat puas hati dengan kualiti proton kali ni...

Fakta tentang Qaddafi...

Moamer Gaddafi Adalah Pemimpin Yang Kejam?

Moamer Gaddafi Adalah Pemimpin Yang Kejam?? jika anda berpendapat sedemikian rupa, rasanya anda juga kemungkinan besar berjaya diperbodohkan oleh Kerajaan Kerajaan Dajjal. Arwah merupakan baik orangnya semasa dia masih hidup, bersama sama lah kita berdoa ke atas pemergian Moamer Gaddafi.

Malah sifat dan cara kepimpinanya juga patut dicontohi oleh Najib Razak dan seluruh pemerintah yang ada di Malaysia ini, ambil yang baik dan lupakan yang keruh, manusia tiada yang sempurna.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Cuba anda lihat yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing.Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'.

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

7. Tidak ada bil elektrik di Libya.

8. Pendidikan adalah percuma

9. Kemudahan perubatan adalah percuma.

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah.

Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk kepada musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat kecut perut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Alfatiha Sekali lagi untuk Moamer Gaddafi. Video Kematian.

Semoga kita di Malaysia di jauhkan dari fitnah fitnah yang sebegini rupa.

Gugur lagi seorang tentera Islam…



Sumber dari Fesbuk..