Hi semua...
Saya telah berpindah ke Sh4m.org.
Blog ini hanya menjadi sebagai reference sahaja. :)

Thursday, March 29, 2012

Cute kittens......









farewell party untuk aku..

Assalamualaikum...

hari ni farewell party untuk aku... sebab aku dah mula meninggalkan company aku... aku dapat better offer.. so tak pela... thanks untuk team and unit aku yg sudi buat farewell party untuk aku... aku amat hargai...

especially untuk AGM aku dan Manager aku... so far manager aku selalu ambil berat pasal team under dier termasuk aku... banyak kenangan kami bersama... tp aku ada peluang baik dan dapat fullfill tanggungjawab aku...


so aku pilih yg itu....



terima kasih kekawan dan bos bos...

Tuesday, March 27, 2012

Dah la mawi kena ikat, kena samun plak tu... adeh...

Salam.

Aku baru terdengar kat radio... Si Mawi penyanyi tu kena pecah rumah... bukan setakat tu je... kena ikat n samun plak tu.... gilerrrr arr penyamun ni... tak de adab btul la.... nape la penyamun ni tak ambil je pagar umah mawi tu... jual pun mahal tu.... pasu bunga pun mahal... leh gak nak ambil tu...

apapun, Alhamdullilah, Mawi and keluarga tak di apa2 kan.... Syukur..

"Aku rasa nak kerat je leher penyamun2 ni... "


Pagar yg aku cakap tadi..


"Habis tingkap murah aku ni...."



"Nampak tak lembaga tu... tu gambar aku la.."




Penyanyi Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi terpaksa melalui detik-detik cemas apabila Rumah Mawi yang terletak di Bangi Golf Resort dipecah masuk, awal pagi tadi. Mawi &Isterinya Ekin , Nenek dan pembantu rumah mawi turut di ikat oleh perompak terbabit.Mawi di percayai kerugian hampir RM10,000 ringgit , walaubagaimana pun semua keluarga dan Mawi selamat. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4-30 pagi.

Empat perompak dipercayai warga asing yang bertopeng dan bersenjatakan parang, memecah masuk ke rumah Mawi dengan mengumpil tingkap di tepi rumahnya.Rumah Mawi tidak dilengkapi alat penggera tetapi kawasan perumahan kediaman itu katanya mengunakan khidmat pengawal keselamatan.

*p/s: dialog direka cipta shaja...

Monday, March 26, 2012

Tak leh kentut la plak... pagi2 kat ofis ni...

Salam All,



Aduhai..... seperti tajuk posting ni lahh...

Sampai je ofis... ttibe rasa tak boleh kentut plak... menusuk rusuk kiri aku betul la....

tu tak pe la... sebenarnya tak de la nak cite pasal kentut aku pun... saje je nak bgtau, yg aku ade gogel pasal kentut... and the output is :



mungkin aku kena specific lagi kot pasal kentut... adehhhh.... kentut pun ada masalah gak yerr..... baru aku tau...


tu je arini..

Friday, March 23, 2012

Check IPTA dan course yang disediakan..

reference link....


https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_infoipta.php

Bantuan Rm100 untuk Anak darjah 1

Assalamualaikum..

Alhamdullilah... Kelmarin dapat surat dari anak aku.... surat tu suro aku amik duit bantuan RM100...

Lega la skit... so RM100 / RM3 ( duit belanje sekolah Keb n Ag ) = 30 hari.. Terima kasih ye kerana membantu kami yg dibawah... tak kira anda ni Bee End ke... PaKai Rembat ke... PASu ke.... Terime kasih banyak2 sebab igt lagi org kat bawah anda...

My Calendar....


Biar calendar aku menceritakan bertapa busy nyer aku....

ingt kan aku programmer cabuk jerr.... rupanya ade kepentingan jugak yer... tapi aku dah nak blah minggu depan...

Wednesday, March 21, 2012

Check SPM 2012 secara SMS


Meh check result adik2 or awek or anak sedare or org repeat paper ke ape  ke.....

Cara nya adalah : SPM ResultNo.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888


Contoh nak sms : SPM Result 830304031243


pastu send ke 15888


pastu tunggu la 3 4 jam... setahu aku sistem sms kerajaan ni cam lembap cam siput skit... tunggu je la...

Adik2 sume.. Sila la beratur ambil result SPM yer...



Kepada adik aku.... Sila la beratur ambil SPM.... hadiah menarik serta tak menarik menanti anda...


heuheuheuhuehuheuheu....

Monday, March 19, 2012

Dengar radio Online

Boring2... nak update entry hari ni....

ari ni nak masukkan link nak dengar radio online... hotfm, era fm, sinar fm...

http://laguakupunyasuka.blogspot.com/2012/03/www.html

Saturday, March 17, 2012

Tahniah SHIRO | Raja Lawak 6


Tahniah SHIRO.... 
SHIRO telah dinobatkan juara Raja Lawak yg ke 6.

Just nak update je...

Bawah ni info tentang SHIRO..

Friday, March 16, 2012

Rage guy comic collection - 1

Undang-undang RABAT paling best.. Perogol kawen ngan org yg dirogolnya...

Kalau blog ape ntah jilaka ke ape.... kalau baca topik ni... confirm dier dah kena kepala bana dah...

cuba baca artikel bawah ni..

RABAT: Seorang remaja Maghribi 16 tahun membunuh diri selepas seorang hakim mengarahkannya mengahwini lelaki yang merogolnya, lapor media tempatan.

Tahun lalu ibu bapa gadis yang hanya dikenali sebagai Amina, memfailkan tuduhan ke atas perogol anak perempuan mereka, seorang lelaki 10 tahun lebih tua daripadanya namun hanya baru-baru ini seorang hakim di bandar utara Tangier memutuskan bahawa kedua-duanya perlu dikahwinkan. Beliau tidak menghukum perogol terbabit.
“Keputusan mahkamah untuk memaksa Amina berkahwin dengan perogolnya sepatutnya “menyelesaikan” isu keganasan seksual ke atasnya, namun ia menjurus kepada penderaan di dalam rumah keluarga suaminya,” lapor akhbar harian tempatan, al-Massae.

Al-Massae menyatakan trauma pengalaman menyakitkan akibat dirogol menyebabkan Amina memutuskan menamatkan riwayat hidupnya dengan memakan racun tikus di rumah keluarga suaminya.

“Perkahwinan paksa seperti ini sudah berakar umbi dalam tradisi luar bandar tempatan yang didakwa bertujuan menyelamatkan maruah gadis yang dirogol,” kata akhbar itu.

Kanun jenayah Maghribi mengecualikan seorang perogol daripada dihukum jika dia bersetuju berkahwin dengan mangsanya.
Pejuang hak asasi wanita sejak sekian lama menuntut satu pindaan terhadap artikel dalam undang-undang itu.

Pengarah Persatuan Perpaduan Wanita Hafida Elbaz, memberitahu al-Massae bahawa artikel itu memberi peluang untuk seorang pelaku jenayah mengelak dikenakan hukuman.

Kisah yang tersebar meluas dalam Twitter dan Facebook dengan kebanyakan pihak di Maghribi menuntut tindakan ke atas hakim yang mengeluarkan keputusan itu. – Agensi


Bodoh ayam tul undang undang camni.... cam tu perogol pergi je rogol isteri perdana menteri morocco tu... konfirm ko jadi perdana menteri.... hahahaahhahahahhaha.....

aduh la.... sepatutnya perogol tu kena suntut ngan mak nyah ke... ngan kuda ke.... baru la ko rasa camne kena suntut...

Sape nak adopt 3 ekor anak kucing?

Assalamualaikum....

Kelmarin aku jumpa anak kucing dalam kotak... kotak yg terbukak la... kotak ni bersebelahan dengan kawasan sampah... so aku lalu aku tengok la....

"Hmmm... ade org buang kucing ni.... xpe la... ibu dier ade ni... biarla dulu.. nnt ibu dier datangla..."

Lama kemudian... aku patah balik... tapi time ni hujan... aku pun berlari la.... pastu aku terpandang kat kucing tu... kucing tu mengeeiioowww.. tapi ibu kucing xde.... hujan plak tu....

aku pun tak sampai ati tengok.. aku ambil kucing tu park kat umah mak mertua aku... nthen anak aku letak kain buruk... bagi panas skit....

tapi kucing ni aku tak dapat jaga sebab kebanyakan anak2 aku, bini aku dan juga mak mertua aku alergik ngan kucing....


So sape nak jaga kucing ni... sila la bgtau aku... aku bg free of charge..


Tuesday, March 13, 2012

Kes Bunuh dan Bakar Adik Dirang

Assalamualaikum....

Kali ni entry untuk sekadar mengingati aku dan juga sebagai insan yg prihatin serta memandang serius terhadap jenayah ke atas kanak2..


Seperti yang dipaparkan di akhbar2 di Malaysia.. Akhbar auta ke akhbar troll ke akhbar tahyul ke... tapi diorang ni ade gak hati nak tunjuk kes macam ni...

Info sedikit tentang adik kita ni...

Nama penuh : Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang
Umur : 5 Tahun
Tarikh Hilang : 1 Mac 2012
Tempat kehilangan : Flat Sri Delima, Bandar Seri Alam.
Tarikh jumpa : 8 Mac 2012
Tempat dijumpai : ladang kelapa sawit Nusa Damai ( 3.5 km dari tempat kediaman )


dibawah adalah dari keratan akhbar.

JOHOR BAHRU: Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Sri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 13 hari lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Khamis lalu, dilakukan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25. Keputusan DNA itu hanya diperoleh kira-kira jam 2 petang semalam.

Rangka manusia itu dijumpai kira-kira jam 9 pagi dalam sebuah lubang yang baru digali di ladang itu, 3.5 kilometer dari rumah mangsa jika melalui jalan ladang dan 20 kilometer mengikut laluan biasa.

Nurul Nadirah dilaporkan hilang selepas ke kedai runcit di tingkat bawah blok perumahan bersebelahan kediamannya untuk membeli mi segera dan telur dengan membawa wang tunai RM4, dalam kejadian jam 10 pagi 1 Mac lalu.
Kehilangannya menimbulkan tanda tanya apabila sebelah seliparnya ditemui dalam kebun sawit berhampiran perumahan itu, manakala satu lagi ditemui 500 meter dari situ dengan telur yang dibelinya pecah dan mi segera bertaburan.

Sehingga ini, polis menahan empat individu termasuk bapa kandung mangsa dan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan.

Serpihan rangka manusia yang dibakar itu ditemui orang ramai lapan hari selepas kehilangan mangsa tetapi polis pada mulanya menyangka rangka itu individu dewasa berikutan saiznya,

Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia itu dibakar lebih daripada lima hari hingga sukar untuk mengenal pasti identiti serta jantinanya.

Roslan berkata, tempoh tahanan reman empat suspek termasuk bapa kandung Nurul Nadirah yang ditahan Khamis lalu, dilanjutkan bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan terperinci.

Katanya, bapa kandung mangsa ditahan sehingga 19 Mac ini manakala tempoh penahanan tiga lagi suspek termasuk sepasang suami isteri disambung sehingga 16 Mac.


Alfatihah untuk kanak2 ini... Dan pembunuh adik ini harus la menerima balasan yg lebih teruk.. supaya menjadi pengajaran untuk semua...


Comel kan.. kenapa budak tak berdosa ni jadi mangsa... budak yg lemah yg tak tau ape2 jadi mangsa kerakusan manusia..


Monday, March 12, 2012

Hiehiehie... Bini aku mengandung... peknen...

Assalamualaikum...


2 line....... ada 2 line...... tersengih sengih.... tengok aryan asyik ketawa kalau aku pandang dier..... kehkehkeh...

yup... bini aku disah kan mengandung..... bersaksi kan doktor dan juga pembantu nya.... heiheiheiheihe...

salah sape..?

1. Aryan ?
2. Papa ?

Aryan sebab hisap jari kaki ke..? or papa nyer yg gelojoh?

Sebelum kedatangan orang baru ke keluarga kami ni... aku dah perasan yang si Aryan ni cepat pandai... contohya pegang botol sendiri time hisap susu.... pandai golek2... pandai meniarap.. pandai chok chekaq udang gamit.. pandai nangis kuat kuat sampai ilang sore... pandai malu2... and then yang pasti pandai hisap jari kaki... sampai kecut la jari kaki tu....

aku plak... memang bajet bajet nak lambat lagi la nak tambah anak... pakai protection... wife aku makan ubat... and then slalu kira time subur and tak subur...

so salah sape..????


Hiehiehiehiheihei tak de salah sape pun.... Memang ni Allah dah bagi... aku pegang dengan ayat ni.. "Bila Allah bagi, Allah tahu kita mampu memikulnya. "


Alhamdulillah... kawan2 pun supportive... aku tau ade yang membebel.. tapi kami tak kisah... kami ada GOOGLE.. kami ada klinik untuk consultant... and kami ada parent yg sangat baik and supportive...

lepas ni... kena beli stroller kembar la....

Friday, March 9, 2012

Spam lagi....

Kali ni main kalimah Allah plak...

jangan percaya..

Assalamualaikum ,

Nama saya ialah Emylea binti Yusof dan masih bujang, saya ialah orang Malaysia tetapi sudah lama tinggal di London.
Saya tinggal di sini dan bekerja sini sudah lama dan saya berhajat hendak balik ke Malaysia dan buka
business di sana.

Saya hendak buat perlaburan dalam bidang resort, stesen minyak atau
minyak kelapa sawit, getah dan lain-lain yang boleh tahan dalam perniagaan dan
yang sesuai pada masa sekarang di Malaysia, tentu ianya dapat membantu saya
dalam pelaburan yang saya sedia ada, saya masih bujang dan belum
berkahwin lagi. Saya sedang mencari seseorang yang percaya kepada ALLAH. Saya harap kita boleh bekerjasama sebagai rakan kongsi niaga.

Saya akan tunggu balasan email untuk saya bila anda dapat email yang saya hantarkan kepada anda.

Terima kasih

Thursday, March 8, 2012

Hari Wanita






perbualan aku dan isteri aku dalam kereta and stuck jammed kat mahameru due of terowong smart tutup sebab banjir malam tadi...

Bini aku : "BBBBbbbbb...."
Aku : Ape kebende nyer...?

Bini aku : Aok ni tak romantik tul....
Aku : Lor.... ape kebende nyer nak saya romantik ttibe ni...

Bini aku : Aok tau tak, hari ni hari wanita sedunia... ramai orang wish kat bini dier.. "You are my wife"... "Thanks be my wife..." diorang wish, tapi aok tak...

Aku : "SELAMAT HARI WANITAAAAAAAA" Ok tak?
Bini aku : eeeeeee...... malas la nak layan aok ni... tak romantik langsung....

Aku : "i love u"
bini aku : ........................................... ( tersengih2 cam kucing )

Spam lagi....

Aku dapat email spam lagi... adeh la... keje nyer nak menipu je kejenyer..

Hello Good Day,
How are you and how is your work? i hope that all is well with you, My name is Jennifer,i know that you may be suprise how i get your email, i got your email today when i was browsing looking for honest partner,then i feel to drop this few line to you , and i will like you to contact me through my email address(modu_jennifer@yahoo.com)so that we can know each other and exchange our pictures, and we may become partner.

Remember the distance does not matter what matters is the love we share with each other.

i am waiting to hear from you soon.
yours new friend

Sape dapat email ni.. sila report spam or ignore...

Banjir kilat Kl 07/03/2012

Assalamualaikum...

Macam biasa la.... malam tadi hujan dari kul 6 petang sampai la sekarang pukul 7 pagi.. macam biasa la kat bandar KL... banjir je keje nyer....

Seperti mana di fesbuk aku... di kg baru dah naik banjerrrr... n ade beberapa tempat pun turut banjirrr...

Seperti yang sudah di riki riki...

memang banyak tempat dah di tenggelammi air.. seperti atlantis di telan banjir....


Semalam dikatakan kg baru yg kena baru la tempat lain berjangkit2...

1. Kg Baru
2. Masjid Jamek
3. Plaza low yat
4. Jalan Pudu
5. Jalan Bangsar - Mahameru
6. sebahagian Ampang
7. Hulu Langat ( ni tak pasti lg )
8. Pavillion


Hmmmmmm.... pelik tul la KL ni... kampung aku dulu hujan bertalu talu... rilek je.... xde la banjir... kalau nak banjir pun, kena hujan lebat dalam seminggu baru banjir... ni tak sampai 24 jam pun hujan lebat... KL dah banjir.... nampak sangat perancang bandar entah pe2... adun mana la approve buat banggunan macam2.. n tak tengok peparitan serta sungai.... aduh la......


sedih tu la.....


Wednesday, March 7, 2012

Spammers nigger convert bahasa melayu

Spammers dari nigger guna bahasa melayu...


Saya ZURAIHAH BT MUHAMMAD, saya bekerja sebagai Marketing Officer di sebuah syarikat pemprosesan batu mulia di UK.di sini Saya ingin memperkenalkan kepada encik peluang perniagaan yang besar kenuntungannya,saya memerlukan bantuan encik dan kerjasama encik untuk memajukan perniagaan ini.saya menghubungi encik kerana saya tidak ingin kehilangan rakan kongsi saya di dalam perniagaan ini.saya tahu bahawa saya dan encik akan mendapatkan feadah yang baik daripada perniagaan ini di masa akan datang. Sekarang saya hanya ingin encik menjadi pembekal (agent) kepada syarikat saya bekerja dan encik boleh mendapat keuntungan daripada peluang perniagaan ini . Syarikat saya memerlukan sebuah produk yang disebut (HOLIKO MUSHO FLUID). Para holiko musho fluid adalah cecair kimia saintifik bar substansi, sejenis pelincir, terutama digunakan di makmal untuk gemological
pemurnian merawat atau menerangkan,memasuki ke dalam berlian dan mengewap keluar kotoran di dalam berlian dan batu-batu berharga sepertinya.
Pembekal asal produk ini adalah di (Malaysia) sehingga lah pembekal produk langsung syarikat KAMI INI mengalami kemalangan di sini {uk} ,dia adalah pengurus pemasaran dan sejak dia kemalangan monopoli ini telah tergendala.saya hanya ingin encik menjadi agen di antara penjual dan pembeli .Ini adalah perniagaan besar untuk saya dan encik dan akan mendapat keuntungan besar.saya hanya memerlukan kerjasama untuk menjadikan perniagaan ini berjaya.Saya akan memberi anda maklumat lebih lanjut tentang hal ini jika anda bersedia untuk menjadi sebagai agen untuk membekalkan produk ke syarikat kami.
Pertama, saya akan perkenalkan anda pembekal (agent)kepada syarikat saya nanti. Mengikut peratusan, awalnya harga beli yang sebenarnya produk tersebut oleh syarikat per Carton adalah 4,000.00 USD, sedangkan di (Malaysia) harga jual tempatan adalah 2,100.00 USD dan syarikat saya memerlukan tidak kurang daripada 200 Cartons.
saya ingin encik menjadi agen link kami yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secaralangsung kepada syarikat membeli maka margin keuntungan akan digunakan bersama berdua 50% untuk encik, sementara 50% kepada saya.sekiranya encik dapat membantu saya mengurus perniagaan jual beli produk ini saya amat berterimakasih.kemudian saya akan membincangkan pekara ini bersama pengurus syarikat saya. saya yakin dan percaya encik boleh menyediakan produk ini kepada syarikat.di sini juga saya memfailkan butiran dari segi harga dan cara bayaran maka kita boleh mengambil daripada permulaan perniagaan ini. encik saya mengharap agar encik dapat membalas email saya ini secepat mungkin, agar saya dapat mengemailkan number telephone penjual di malaysia gar encik dapat menghubungi penjual untuk bertanya sama ada penjual tersebut masih mempunyai stock untuk di bekalkan kepada encik.sebelum syarikat kami akan menghantar pengurus pembelian pergi ke Malaysia untuk membeli produk dari encik secara tunai.Terima kasih atas kerjasama encik,saya mengharap dan menunggu balasan email daripada encik.
Wassalam,
ZURAIHAH BT MUHAMMAD.


Sila ignore email ini.... sekian..

Monday, March 5, 2012

Troll Face in reality

Update... update,,, update,,,

Asaalamualaikum...

dah lama aku tak update... ye la... mane tak lamanya... aku dah tender surat resign... so task aku adalah untuk handover to other team members la... and bulan ni adalah bulan terakhir untuk aku kerja di sini... next month aku kerja ditempat yg lain... angin baru.. kawan baru... kerja baru...

hieheiheihiheiheihei.... <-- my trade mark... mesti tak leh tinggal setiap post aku... actually aku tak sedar... bini aku la yang cakap.. hiehiehhieie...

template pun cam buruk je ni... aku nak letak yg lain la nnt...

--------------

semalam aku telah dikejutkan suatu yang betul2 diluar jangkaan aku... kes nye begini...