Hi semua...
Saya telah berpindah ke Sh4m.org.
Blog ini hanya menjadi sebagai reference sahaja. :)

Wednesday, May 2, 2012

Funny : The Rock











credit to owner editor... dont know who the editor.. already in my hardisk for a year..

Saturday, April 28, 2012

PIC : Bersih 3.0 28/4/2012

So ni sekadar berkongsi gambar2 sekitar KL harini..














kredit to owner punya pic... harakahdaily dan bharian...

Wednesday, April 25, 2012

Hari Ibu yer....

Kepada mak aku....


  • Terime kasih 
    • besarkan saya.... 
    • sabar melayan kemanjaan saya... 
    • cuba belikan apa yg saya mahu....
    • belanja saya basikal..
    • bagi saya duit belanja sekolah..
    • ajar saya masak...
    • ajar saya jahit...
    • ye la kalau dah mak, confirm la ajar aku mende2 ppuan ni... so dier ajar aku guna mesin jahit..
    • selalu menjadi penyejuk bila saya mgamuk kat org yg ske maki hamun kami...
    • wat muka selambe je bila aku tegur... ( bukan derhaka, cuma tegur... yela... aku ajar dier naik moto... tekan gear kat depan.. bukan belakang... tu je pun )
    • sabar ngan bersepahan baju baju saya di dalam baju...
    • cuba xnak nangis depan aku....
  • aku nak minta maaf 
    • sebab banyak aku terkasar..
    • aku masih merokok.. tapi 3 bulan baru habis hisap rokok...
    • aku masih tergagap2 membalas budi...
    • aku masih xdpt cari masa untuk menjenguk slalu..
    • aku masih tsangkut2 menjaga adik2 yg lain... tp mak ayah la backup aku...
  • Doa aku pada mak aku
    • Aku doakan Allah Ampunkan dosa2 mak aku..
    • Aku doakan mak aku dilindungi dari kejahatan manusia yg lain...
    • Aku doakan mak aku sentiasa sihat dan aktif ...

Kepada Isteri aku.... dier ibu kepada anak2 aku kan...

  • Terima Kasih
    • sebab bagi aku famili..
    • sebab percayakan aku
    • dengar cakap aku...
    • solat jemaah bersama aku..
    • jalan2 dengan aku..
    • sanggup debat perkara remeh temeh...
    • ajar anak2 aku....
    • bagi aku anak... hiehieheiiehiehei.... 
    • jaga kebajikan aku...
  • Aku nak minta maaf
    • aku banyak bebal2... tapi aku admit n minta maaf..
    • banyak mende aku tak dapat bg...
    • banyak wish list aku tak dpt bg
    • selalu penat...
    • asyik keje..
  • Doa aku pada isteri aku
    • Aku doakan Allah ampunkan dosa2 isteri aku
    • beri kesihatan yg sempurna kepada isteri aku serta anak yg dikandungnya...
    • lembutkan hati isteri aku
    • lindungi isteri aku dari anasir2 jahat manusia...


Menu Sup Paling Dasyat...


klik untuk lihat lebih dasyat..... ade bran?

Tuesday, April 24, 2012

Pengorbanan terakhir adik


kredit to bharian

DUNGUN: “Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat,” luah Muhammad Muaz Yusof, 13, kepada ibunya, Asma Ismail, 52, dua hari lalu, sejurus sebelum memasuki bilik rawatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menderma darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang menderita leukemia.
Bagaimanapun, itulah pengorbanan dan derma terakhir kepada abangnya, Muhammad Munawar, 21, apabila Muhammad Muaz, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Sultan Omar di sini, meninggal dunia 6.50 pagi semalam, dua hari selepas menderma darah A- serta sum-sum tulang.
Asma, seorang ibu tunggal enam anak yang ditemui di rumahnya di Kampung Molek di sini, semalam berkata, Muhammad Munawar menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebelum diarah pegawai perubatan menemui pakar di HUKM.
“Munawar memerlukan darah jenis A- serta sum-sum tulang belakang dan secara kebetulan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum,” katanya.
Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan, dia ada bertanya perasaan arwah menjalani proses itu, namun arwah menjelaskan tidak berasa takut, malah sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya.
“Selepas darahnya dipindahkan kepada abangnya, saya dan arwah bertolak balik ke Dungun, arwah kelihatan ceria serta tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, malam kelmarin, arwah yang juga anak bongsu daripada enam beradik tidak banyak bercakap dan terus lena di sisinya sebaik masuk ke bilik tidur.
“Kira-kira jam 6.30 pagi tadi, ketika mengejutkan arwah untuk solat subuh, saya dapati mulutnya pucat dan apabila mendapati arwah sudah tidak sedarkan diri selepas beberapa kali dikejutkan, kami membawanya ke Hospital Dungun,” katanya sambil menambah tidak lama kemudian doktor mengesahkan anaknya meninggal sudah dunia kira-kira jam 6.50 pagi semalam.
Asma berkata, kesedihannya kehilangan suami yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 42.2 Lebuhraya Karak pada 15 April 2011 masih terasa dan semalam (hari ini) dia sekali lagi menanggung kesedihan kehilangan anak bongsunya.
Jenazah Muhammad Muaz dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya, Kampung Molek tidak jauh dari rumahnya selepas solat asar semalam.