Hi semua...
Saya telah berpindah ke Sh4m.org.
Blog ini hanya menjadi sebagai reference sahaja. :)

Tuesday, April 24, 2012

Pengorbanan terakhir adik


kredit to bharian

DUNGUN: “Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat,” luah Muhammad Muaz Yusof, 13, kepada ibunya, Asma Ismail, 52, dua hari lalu, sejurus sebelum memasuki bilik rawatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menderma darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang menderita leukemia.
Bagaimanapun, itulah pengorbanan dan derma terakhir kepada abangnya, Muhammad Munawar, 21, apabila Muhammad Muaz, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Sultan Omar di sini, meninggal dunia 6.50 pagi semalam, dua hari selepas menderma darah A- serta sum-sum tulang.
Asma, seorang ibu tunggal enam anak yang ditemui di rumahnya di Kampung Molek di sini, semalam berkata, Muhammad Munawar menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebelum diarah pegawai perubatan menemui pakar di HUKM.
“Munawar memerlukan darah jenis A- serta sum-sum tulang belakang dan secara kebetulan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum,” katanya.
Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan, dia ada bertanya perasaan arwah menjalani proses itu, namun arwah menjelaskan tidak berasa takut, malah sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya.
“Selepas darahnya dipindahkan kepada abangnya, saya dan arwah bertolak balik ke Dungun, arwah kelihatan ceria serta tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, malam kelmarin, arwah yang juga anak bongsu daripada enam beradik tidak banyak bercakap dan terus lena di sisinya sebaik masuk ke bilik tidur.
“Kira-kira jam 6.30 pagi tadi, ketika mengejutkan arwah untuk solat subuh, saya dapati mulutnya pucat dan apabila mendapati arwah sudah tidak sedarkan diri selepas beberapa kali dikejutkan, kami membawanya ke Hospital Dungun,” katanya sambil menambah tidak lama kemudian doktor mengesahkan anaknya meninggal sudah dunia kira-kira jam 6.50 pagi semalam.
Asma berkata, kesedihannya kehilangan suami yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 42.2 Lebuhraya Karak pada 15 April 2011 masih terasa dan semalam (hari ini) dia sekali lagi menanggung kesedihan kehilangan anak bongsunya.
Jenazah Muhammad Muaz dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya, Kampung Molek tidak jauh dari rumahnya selepas solat asar semalam.

Friday, April 20, 2012

Zolkples vs Chong Wei




KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong mengakui beliau kecewa kerana jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei tidak hadir pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2011 di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan malam kelmarin.
Zolkples berkata, ketiadaan Chong Wei yang dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2011 sedikit sebanyak telah mencacatkan majlis itu.
“Saya ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Chong Wei sehari sebelum majlis itu berlangsung.
“Namun, tanpa memberikan sebarang alasan, Chong Wei membalas SMS dengan mengatakan dia tidak dapat hadir dan akan mewakilkan abangnya (Lee Chong Hoon).
“Jadi, ini bukan suatu perkara yang baik. Alangkah cantiknya, jika Chong Wei yang dipilih sebagai pemenang dapat turut hadir sekali,” kata Zolkples kelmarin.
Menurut Zolkples, Chong Wei sepatutnya hadir pada majlis tersebut kerana ia turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah.
“Ini merupakan kali pertama Tuanku Abdul Halim hadir pada majlis Anugerah Sukan Negara selepas ditabalkan selaku Yang di-Pertuan Agong yang baharu pada minggu lalu.
“Jadi, ini menandakan satu perkara yang tidak baik,” kata Zolkples.
Turut hadir pada majlis kelmarin ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalannya, Datuk Razali Ibrahim serta Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed.
Menurut Zolkples, MSN sanggup mengeluarkan kos tinggi bagi menanggung perbelanjaan pulang Pandelela Rinong dari Moscow, Rusia semata-mata bagi membolehkan penerjun cilik negara itu hadir menerima trofi sebagai Olahragawati Kebangsaan 2011.
Pada awalnya, Pandelela yang telah tamat beraksi pada Kejohanan Terjun Dunia FINA Siri 3 di Moscow, Sabtu lalu, dijadualkan terus berlepas ke Tijuana, Mexico bagi menyertai siri akhir kejohanan tersebut bermula esok.
Namun, hasil perbincangan antara MSN dengan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), penerjun berusia 19 tahun itu telah diterbangkan ke tanah air bagi menghadiri majlis tersebut.
“Jika Pandelela yang dari Moscow boleh hadir pada majlis kali ini, mengapa Chong Wei yang sememangnya berada di Malaysia tidak boleh,” soal Zolkples.
Sementara itu, Chong Wei yang diminta mengulas mengenai ketidakhadirannya pada majlis kelmarin menjelaskan, dia mengalami demam.
“Masuk hari ini (semalam) saya sudah dua hari demam. Sebab itu, saya tidak dapat hadir,” jelas Chong Wei.


Aku tak paham la nape ngan MSN ni... mentaliti n cepat melatah tu melampau sangat.... cam harem.... kalau ikutkan artikel ni... memang aku rasa cam nak lempang je brader Zolkples ni....

faham la org ada masalah.... sebagai pengarah MSN sepatutnya kena lebih profesional... bukan main letak statement macam ni.... kalau katakan Chong wei betul keras kepala.... perlu tak ko kena bgtau 1 dunia..??? ko sendiri la pergi settle... ada cara kan...


macam rumah tangga la... kena la handle sendiri n cukup dalam rumah tangga je... tak perlu cite kat luar... Buang la pangkat Pengarah ngan Dato' tu..... kalau macam ni la perangai.... patut la Badminton Malaysia tak maju...

Wednesday, April 18, 2012

Exora temperature naik, hangen tul aku...

Assalamualaikum....



Baru baru ni exora aku wat hal lak.... aduh....


mula nya aku perasan time aku parking kereta kat umah, time tu balik dari keje la.... aku perasan kipas turbo radiator aku tak bhenti.. dalam 10 minit la jugak..... aku igt normal... kebetulan plak tadi jammed giler2 nyer...

so biar la... nthen esok tu bini aku pakai kereta exora ni.. ada meeting ke ape ntah... on the way balik tu, aircond ttibe rasa panas... nthen temp meter kat speedometer naik satu bar... kiranya melebehi separuh meter tu la....

balik umah, parking cantek2 pun kipas duk pusing....

pastu aku gugel... rupanya memang kes yg sama... motor kipas radiator problem... yg bergerak cuma kipas aircond je...

aku pun trus shoot pergi Service Center kat Glenmarie... aku tak berani dah pergi kat biasa2 nyer Service Center.. Jahanam kereta aku...

aku pun sampai la kat sana... environment quiet ok la...





Ni bahagian luar la... so pomen2 duk kat belakang...



So ni bhgn dalam... nampak tak dinding kaca tu... kat luar tu la kereta aku di baiki...


so aku baru pasan... bila kita start kereta.... kipas radiator kena pusing skali.... aku igt kan memang tak pusing...

tengok kipas sebelah kiri... tu yg problem.... bila on sepatutnya kipas pusing macam kat bawah ni...



so part ape yg dier tukar adalah motor kipas tu... bhgn tgh2 kipas tu... nampak kan yg bersambung wayar hijau kuning tu... mende tu la dier tukar....


and alll are Free Of Charge...


so kepada sesape nak pergi service kat sini... kena buat appointment dulu....

sila rujuk book let anda.... buku service tu.. ada alamat n no phone...

Monday, April 16, 2012

Berita TV3 semenjak menjak ni boring tul...



aku tak tau la nak cakap pe.... semalam kelmarin dan seterusnya.... aku terpacak depan tv tengok berita TV3 jam Lapan malam....

starting je.... POLITIK....
pastu POLITIK..
Pastu lega skit... aduan rakyat... pastu boring balik... aduan duk mengata YB sana YB sini.... POLITIK balik...

sampai kul 8.30... Kolej KeLeMbU.. Kolej TALI...
pastu... product tongkat ali... product kosmetik...

tup tup... kul 8.45.... baru la cerita sebenar....
Liverpool mara ke final... mengalahkan everton....
pastu Polis tumpas jenayah seluduh ganja.....

pastu abeh..... 45minit aku rugi duduk depan tv yg xde faedah....

sekian terima kasih....

Thursday, April 12, 2012

Tsunami 11.04.2012 Penang Malaysia


Dicedok melalui youtube..